Kami guru
Malaysia, Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin, Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia, Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan
Mendidik dan memimpin, Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia, Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan
Guru dianggap sebagai individu yang
kaya dengan sumber maklumat, berperanan dalam mendidik dan membimbing pelajar
dengan ilmu pengetahuan.Peranan yang dipikul oleh seseorang guru bukan sahaja
terhad kepada pelajar, malah turut melibatkan bagaimana seorang guru membantu
rakan sekerja serta dirinya sendiri agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan
tugas dengan sempurna.Oleh itu, adalah penting untuk guru mahupun bakal guru
untuk mengetahui dan memahami kepentingan sahsiah diri.
Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah
termasuk keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk
berubah hasil pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataan lain, ia bukan
sekadar himpunan tingkah laku,tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi
yang bersifat konsisten.Sahsiah merangkumi empat aspek iaitu kognitif, rohani,
fizikal dan sosial.
Antara kepentingan
membina sahsiah diri terhadap seorang guru ialah ;
(a) dapat
mencorakkan kendiri individu yang berperanan
sebagai piawaian ke arah pencapaian
dalam kehidupan.
-
sahsiah
diri seseorang itu juga dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang telah dilalui
pada masa lalu.Pengalaman yang diperolehi daripada masa lampau sama ada
pengalaman yang pahit mahupun yang manis akan mempengaruhi sahsiah diri
seseorang.Pengalaman tersebut seterusnya akan dimanipulasikan sebagai satu garis panduan dalam menjalani
kehidupan pada masa hadapan.Para guru juga akan menjadikan pengalaman pada masa
lalu untuk memperbaiki tugasnya.
(a)
membantu
individu menjangkakan dan meramal tingkah laku seseorang
-
pengalaman
yang dilalui oleh seseorang di dalam kehidupan dan interaksi yang berlaku
dengan pelbagai individu di persekitarannya akan mewujudkan erti kemurnian
peradapan individu.
-
guru
dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik sekiranaya dia dapat membuat
jangkaan dan ramalan terhadap tingkah laku yang dipamerkan oleh rakan sekerja
dan murid-murid
-
maka,
seseorang guru dapat merancang dan lebih peka terhadap tindak balas yang
bersesuaian dengan situasi atau keadaan yang dihadapinya.
(b)
individu mampu berikhtiar mengawal
kehidupannya sekiranya dia dapat memerihalkan sahsiah diri secara menyeluruh
-
Apabila
individu dapat memahami individu lain dengan baik, bijak membuat keputusan dan
berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan, ia sebenarnya bermula dengan
keupayaan seseorang itu memerihalkan sahsiah secara menyeluruh dan objektif.
(c)
perubahan
sahsiah adalah satu proses pertumbuhan kendiri yang memberi kesan langsung
terhadap tahap produktiviti diri serta pendekatan sosial
-
Amalan
dan gaya hidup guru akan memberi kesan ke atas tahap penerimaan pengajaran dan
pembelajaran kepada muridnya.
(d)
guru
dapat mengenal pasti keupayaan dan potensi yang dimiliki oleh muridnya
-
guru
yang mampu mengenal pasti keupayaan dan potensi yang dimiliki oleh muridnya
akan berusaha menggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana peluang,
khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti
kokurikulum secara optimum
-
seterusnya,
keyakinan diri murid akan menjadi lebih positif dan meningkat kerana guru dapat
memahami personaliti murid dari perspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari
satu kaca mata sahaja.
No comments:
Post a Comment