Amanah
Ciri utama
sesorang guru yang bersahsiah ialah beramanah iaitu sifat tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Manakala dalam
aspek islam amanah bermaksud satu mandat atau tanggungjawab yang dititipkan kepada
seseorang untuk menjalaninya dengan rasa tanggung jawab. Seorang guru yang mempunyai sikap
amanah akan menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna tanpa menyeleweng
dan cuai. Seorang guru itu juga akan bersikap jujur dalam pentadbiran sekolah
dan tidak sewenangnya akan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Guru yang
amanah tidak akan cuai dalam pengurusan masa dimana para guru tidak menggunakan
masa pejabat untuk kegunaan peribadi. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa
dalam organisasi, guru yang bersahsiah ini akan melaporkan masalah tersebut
kepada pihak atasan. Hal ini demikian kerana, rasa tanggungjawabnya untuk
melapor sebarang penyalahgunaan kuasa kepada pihak atasan.
Benar
Guru yang bersahsiah biasanya akan
membenarkan hatinya dan perasaannya iaitu dengan mempunyai niat yang baik dan
jujur dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan balasan dan imbuhan
dari pihak atasan. Seorang guru perlulah bercakap benar dan tidak bercakap
bohong serta menepati janji dalam sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana,
guru tersebut akan lebih dipercayai dan akan diberi tanggungjawab yang lebih
besar lagi. Guru yang bersahsiah itu rela berkongsi pengalaman, ilmu dan
kepakaran untuk kejayaan bersama dan demi masa depan anak muridnya.
Bijaksana
Seorang guru yang mempunyai sifat
bijaksana sememangnya merupakan ciri seorang guru yang bersahsiah unggul.
Seorang guru perlulah mempunyai kognitif yang bijaksana dalam membuat keputusan
sesuai dengan masa dan keadaan. Guru yang bersahsiah tidak boleh mengambil
jalan mudah untuk menjayakan sesuatu tugasan yang dipertanggungjawabkan. Guru
tersebut perlulah menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk
menjayakan sesuatu tugasan. Dalam masa yang sama, seorang guru perlulah tidak
berputus asa dalam semua perkara yang diilakukan. Sebaliknya, guru tersebut
perlu berfikir secara rasional dan membuat pertimbangan secara yang saksama
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, guru perlu sentiasa
cuba untuk meningkatkan ilmu serta kepakaran dalam semua perkara bagi
memudahkan proses pembelajaran pelajar.
Penyayang
Ciri-ciri sahsiah yang wajib ada pada
seorang guru ialah penyayang. Guru perempuan biasanya merupakan seorang yang
penyayang. Dimana guru perempuan mempunyai sifat memahami, menghargai dan
mengambil berat akan anak muridnya. Selain itu, sifat pemaaf dan penyayang
serta tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri ada pada seorang guru
perempuan. Guru lelaki tidak kurangnya, ada yang lebih penyayang berbanding
perempuan. Tetapi secara puratanya guru perempuan lebih penyayang berbanding
guru lelaki. Seorang guru yang penyayang perlulah sentiasa bertimbang rasa dan
mengambil berat dalam melaksanakan tugas
dimana menjadikan orgaanisasi sebagai sebuah keluarga yang besar.
Ikhlas
Iklas merupakan salah satu nilai
murni yang ada pada guru yang bersahsiah. Seorang guru yang bersahsiah perlulah
ikhlas atau mempunyai hati cuci dalam melaksanakan tanggungjawab untuk
menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan balasan. Pada masa yang sama
guru tersebut menerima tanggungjawab dengan rela hati malah tidak berpura-pura atau
mengelak daripada tanggungjawab. Para guru tersebut akan menjalankan tugas
semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi iaitu meningkatkan pencapaian
dan kualiti para pelajar. Guru yang
ikhlas dalam pekerjaan biasanya bersedia menerima teguran dan kritikan dengan
hati yang terbuka serta menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang
kepentingan.
Dedikasi
Guru yang dikatakan bersahsiah
perlulah berdedikasi. Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa
dan tenaga secara berterus untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Dimana,
seorang guru tidak mudah berasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima
tugas tanpa mecari lelah. Malah sanggup berkorban masa dan tenaga demi
kepentingan para pelajar bagi membentuk pelajar yang bersahsiah seperti
gurunya. Para guru juga tidak mudah berputus asa dan tekun serta berifat positif
dalam melaksanakan tugas dengan berkualiti. Perkara yang paling penting, guru tersebut
menjalanknan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti, dan ceria, tidak
cuai dan tegas.
No comments:
Post a Comment